Dana RM 50,000 ribu tersebut akan digunakan untuk mengendalikan beberapa kes tanah adat di Sarawak bagi menampung kos dan perbelanjaan yang sepatutnya dan berharap kita dapat bersama dalam membantu.
Sejak sekian lamanya, isu tanah adat atau NCR bukanlah suatu yang asing dalam kalangan masyrakat di Sarawak. Ianya bukan hanya tertumpu kepada satu kaum sahaja, malah ianya melibatkan semua golongan kaum yang ada di Sarawak. Banyak firma guaman yang telah lantang membantu golongan ini untuk mempertahankan hak tanah adat tersebut di masa ianya memerlukan jangka masa yang lama untuk dibicarakan di mahkamah. Kos guaman untuk satu-satu kes juga memakan kos yang agak tinggi dan ianya memerlukan saudara dan saudara sekalian untuk bersama dalam kita memastikan golongan ini mendapatkan dan mempertahankan hak yang mereka sepatutnya dapat.
Di sibu, firma guaman A.R.MAJIDI & CO telah mengetuai kes ini bagi mempertahankan tanah adat masyarakat khsusnya bagi zon tengah di Sarawak dan malah beliau juga turut membantu firma guaman yang lain di bahagian Selatan dan Utara Sarawak dalam memastikan hak msyarakat yang sepatutnya mereka perolehi ini akan terus terbela.
Antara masyarakat yang dibantu oleh beliau dalam mempertahankan tanah adat di Sarawak.
Sehingga ditahan reman dan dipenjara akibat mempertahankan tanah adat yang mereka miliki sejak sekian lama namun diambil oleh pihak berkepentingan begitu sahaja.
Dana RM 50,000 ribu tersebut akan digunakan untuk mengendalikan beberapa kes tanah adat di Sarawak bagi menampung kos dan perbelanjaan yang sepatutnya kerana anggaran satu kes memerlukan minimum RM 30,000 untuk dibawa ke mahkamah.