Belum Berdaftar? Daftar sekarang!
PERSATUAN KEBAJIKAN PRIHATIN RAKYAT BATU PAHAT
Dimulakan pada Sep 14, 2022
RM1,865 / 3.73 %
Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM50,000
96 Penyumbang
Kempen Berakhir!
Assalamualaikum wbt. Masjid Parit Sangit di Batu Pahat adalah sebuah masjid yang telah dibina pada tahun 1960an. Masjid ini adalah merupakan masjid khariah yang telah berkhidmat lebih 60 tahun.
Mempunyai struktur simen dan papan serta beratapkan zink dan genting, masjid ini semakin lama semakin uzur. Sejajar dengan peredaran zaman, masjid ini juga dimamah usia. Struktur papan dinding yang telah tercabut, cermin tingkap nako yang telah tanggal serta tandas yang usang. Namun, masjid ini masih terus berkhidmat kepada khairiah sekeliling.
Atas rasa tanggungjawab maka Persatuan Kebajikan Prihatin Rakyat (PKPR) merasakan perlu membantu untuk membaikpulih masjid ini demi keselesaan jemaah masjid ini. Dianggarkan kos baikpulih untuk masjid ini memakan kos sebanyak RM50,000.00.
Menyumbanglah kepada usaha untuk baikpulih masjid ini. Sumbangan anda akan mengalir seperti air yang mengalir takkan putus. Insya Allah menjadi bekalan anda di akhirat. Marilah bersama-sama untuk meraih ganjaran akhirat yang berpanjangan dan dijanjikan rumah di syurga kelak, Infaq yang pasti digandakan pahalanya oleh Allah swt.
‘‘Sesiapa yang membina masjid kerana Allah, Allah membina baginya rumah di syurga kelak (binaan) seumpamanya.”
(Hadith riwayat Muslim).
Jom #BuatBaik!
Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 16, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM100.00
Sep 16, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 16, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM25.00
Sep 16, 2022
Hamba Allah
Menyumbang sebanyak RM10.00
Sep 16, 2022