MAAHAD TAHFIZ AL QURAN NURUL HIDAYAH

Dimulakan pada Sep 19, 2024

TABUNG INFAQ PENDIDIKAN ANAK ANAK YATIM DAN ASNAF PEDALAMAN SABAH

RM330 / 11.00 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM3,000

22 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

RAIH LIMPAHAN RAHMAT DAN PAHALA YANG MENGALIR DALAM INFAQ UNTUK MEMBANTU PELAJAR ASNAF DARI PEDALAMAN SABAH MENGEJAR CITA MEREKA MENJADI HAFIZ AL-QURAN.


Pihak maahad dengan rendah hati membuka peluang kepada muslimin dan muslimat untuk turut serta dalam usaha menghulurkan bantuan pendidikan kepada seorang pelajar tahfiz asnaf kami dari pedalaman Sabah. Kempen ini bertujuan untuk membuka pintu peluang pendidikan agama yang berkualiti kepada pelajar tersebut yang memerlukan untuk mendalami ilmu dan ajaran agama Islam dengan lebih baik.



Selain itu, pelajar ini telah mengukir tekad dalam hati mereka untuk menjadikan Al-Quran sebagai panduan utama dalam hidupnya. Mereka bukan hanya bertungkus lumus dalam ilmu, bahkan juga membawa harapan besar untuk menjadi generasi yang akan menjaga dan menyebarkan keindahan ajaran Islam di tengah-tengah masyarakat pedalaman Tawau di Sabah kelak.



Melalui sumbangan yang kalian salurkan,pihak maahad membantu menguruskan beberapa keperluan mereka seperti yuran pengajian, makan dan minum, pakaian mereka, pembiayaan tiket kapal terbang, wang perbelanjaan dan lain-lain lagi. Rasulullah ﷺ bersabda:


“Apabila seseorang manusia mati maka terputuslah semua amalannya kecuali daripada tiga perkara (yang selepas mati pun pahalanya berterusan ). 1. Sedekah jariah; 2. Ilmu yang dimanfaatkan (oleh orang ramai); dan 3. Anak yang soleh yang sentiasa mendoakan untuknya.” (Misykat: Muslim)



Mulai RM10 mari bersama-sama memberikan sinar harapan kepada pelajar ini demi membantu mencapai matlamat agama yang mulia. Ayuh salurkan infaq untuk membantu mereka meraih ilmu dan menjadi huffaz yang membawa sinar kebaikan dan manfaat agama ke kampung halaman mereka kelak. Semoga Allah SWT membalas semua kebaikan para penyumbang dengan berlipat ganda rahmat-Nya dan menjadikan setiap bantuan ini sebagai amal jariyah yang mengalirkan manfaat dalam dunia dan akhirat.


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Tiada perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Oct 01, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM20.00

Sep 26, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM15.00

Sep 23, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 23, 2024

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Sep 22, 2024

Kempen Sumbangan Tamat