YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Jun 01, 2022

PEMBINAAN MASJID DESA UNAIS FASA 1

RM5,085 / 0.51 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM1,000,000

241 Penyumbang

Kempen Berakhir!

Kongsi:

Tentang Kempen

Marilah bersama menyumbang kepada kempen infaq bagi projek Desa UNAIS untuk pengajian warga dewasa. InsyaAllah.


Kami dengan berbesar hati ingin memanggil anda semua untuk bersama-sama menginfaqkan sebahagian dari rezeki yang dikurniakan kearah saham akhirat dimana membangunkan salah satu masjid di Desa UNAIS sebagai salah satu pusat pengajian warga dewasa. Pusat ini akan menempatkan warga dewasa dalam mencari ilmu fardhu ain dan fardhu kifayah sebagai persediaan semasa hari tua. 



Firman Allah subahana wataala

“Kamu tidak sekali-kali akan mencapai kebaikan (yang sempurna) sehingga kamu dermakan sebahagian daripada apa yang kamu sayangi, dan apa jua yang kamu dermakan maka sesungguhnya Allah Maha Mengetahui.”- (Hadith Riwayat Muslim).




Kempen yang dilancarkan oleh Yayasan Amal Maaruf Malaysia adalah bertujuan untuk membangunkan sebuah masjid yang akan menjadi pusat pengajian warga dewasa untuk ibu dan ayah yang ingin fokus ke arah akhirat. Keluasan masjid ini adalah sebanyak 5,740 ekar yang telah diwakafkan oleh YDP Yayasan Amal Maaruf Malaysia iaitu Tuan Haji Hamsan Bin Omar untuk dimanfaatkan bagi membina masjid buat fasa 1. 


Pihak kami memerlukan dana sebanyak RM1,000,000.00 (Satu Juta Ringgit Malaysia) untuk membangunkan sebuah masjid bagi fasa 1. Selebihnya mengikut fasa untuk membentuk sebuah pusat pengajian warga dewasa yang cantik dan selesa. Tanah yang diwakafkan telahpun diratakan bertujuan untuk membina masjid. Usaha kami dari Yayasan Amal Maaruf Malaysia mempunyai hasrat dan cita-cita untuk mengumpul dana bagi membina sebuah masjid untuk dimanfaatkan oleh penduduk sekeliling di Simpang Renggam, Johor.



Kami menyeru tuan dan puan untuk bersama-sama berkongsi sebahagian rezeki untuk diinfaqkan sebagai salah satu cara mendapatkan saham akhirat. Sumbangan anda dapat membantu proses warga dewasa ini menimba ilmu akhirat dengan lancar. Biarpun kita menyumbang untuk orang lain tapi keberkatan itu kekal untuk diri sendiri juga.




Allah SWT menjanjikan banyak keutamaan dan balasan kepada mereka yang suka memberi (bersedekah). Hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

‏اليد العليا خير من اليد السفلى

Yang bermaksud: “Tangan yang di atas lebih baik dari tangan yang di bawah.” (Riwayat al-Bukhari)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Terbaru Perkembangan

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

MUHAMAD NASIR BIN ABDUL RAZAK

Menyumbang sebanyak RM25.00

Jun 08, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 08, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 08, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 08, 2022

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Jun 08, 2022

Kempen Sumbangan Tamat