YAYASAN AMAL MAARUF MALAYSIA

Dimulakan pada Jun 26, 2023

BANTUAN SUMBANGAN UNTUK KOS RAWATAN ADIK SUFI SYAFRINA

RM21,190 / 100.90 %

Telah terkumpul daripada sasaran sumbangan RM21,000

817 Penyumbang

Kempen Berjaya

Kongsi:

Tentang Kempen

Yayasan Amal Maaruf Malaysia mengajak orang ramai untuk bersama membantu Adik Sufi Syafrina berusia enam bulan yang didiagnos penyakit Spinal Muscular Atrhopy (SMA) Type 1. Jom bantu adik Sufi!


Adik Sufi Syafrina kini berusia enam bulan yang didiagnosis penyakit Spinal Muscular Atrhopy (SMA) Type 1 dan memerlukan dana untuk membeli ubat Genetik Zolgensma berharga RM9 juta. Kini, adik Sufi sudah dibenarkan pulang ke rumah sejak kelmarin, namun bayi itu masih memerlukan bantuan mesin pernafasan 24 jam.



Menurut bapanya, dia terpaksa menyewa mesin pernafasan untuk kegunaan Sufi Syafrina di rumah dengan kadar RM500 sebulan kerana mereka tidak mampu untuk membeli mesin dan alatan-alatan berkaitan rawatan anaknya. Walaupun terpaksa menyewa mesin tersebut, bapa kepada Sufi Syafrina menyatakan bahawa kos untuk menukar tiub dan alatan-alatan yang berkaitan mesin tersebut terpaksa ditanggung sendiri dan perlu ditukar setiap dua minggu sekali bagi digunakan untuk anaknya meminum susu. Selain itu, keperluan-keperluan lain seperti lampin pakai buang, ubat-ubatan termasuk susu formula khas terpaksa ditanggung sendiri.



Menurut bapanya lagi, sebelum ini juga anaknya sudah pernah mengalami jangkitan kuman dan mereka diberitahu jika terkena jangkitan kedua berisiko menyebabkan kemerosotan kesihatan lebih serius, malah anaknya boleh berhenti bernafas pada bila-bila masa.



Adik Sufi Syafrina sangat memerlukan bantuan rakyat Malaysia semua untuk membantu adik Sufi mendapatkan ubat Genetik Zolgensma bagi rawatan penyakitnya yang mana ubat tersebut perlu diambil sebelum usianya mencecah dua tahun.



Justeru itu, pihak Yayasan Amal Maaruf Malaysia ingin mengajak anda semua untuk turut sama membantu adik Sufi dan keluarganya. Walau sedikit mana bantuan kita, mungkin besar bagi mereka dan besar disisi Allah SWT.



Ketahuilah bahawa Allah akan mempermudahkan urusan hamba yang membantu orang lain yang di dalam kesusahan. Sabda Rasulullah:


وَمَنْ يَسَّرَ عَلَى مُعْسِرٍ يَسَّرَ اللهُ عَلَيْهِ فِي الدُّنْيَا وَالآخِرَةِ


“Barangsiapa yang mempermudah urusan mereka yang kesusahan, maka Allah akan mempermudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.” (HR Muslim)


Jom #BuatBaik!

Anda berasa kempen ini mencurigakan?
Laporkan kepada kami

Doa-Doa #Penyumbang

Terbaru Rujukan

Tiada rujukan

Senarai Sumbangan

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM100.00

Dec 20, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 20, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 20, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM150.00

Dec 19, 2023

Hamba Allah

Menyumbang sebanyak RM10.00

Dec 19, 2023

Kempen Sumbangan Tamat