Belum berdaftar? Daftar sekarang!
Buat carian Kempen
Alhamdulillah, bulan Mei 2023 pihak NGO telah menyerahkan dana terakhir kepada Puan Norizan untuk bantuan kelangsungan hidup. Puan Norizan masih di fasa pemulihan dan masih memerlukan pemeriksaan doktor dari masa ke semasa. Mari kita semua doakan kesembuhan segera kepada beliau dan semoge puan Norizan terus terusan kuat menghadapi ujian Allah SWT.
Alhamdulillah, dengan izin Allah, Puan Norizan semakin pulih. Sumbangan anda semua telah banyak membantu meringankan beban puan norizan sekeluarga dari segi keperluan asas harian & komitment bulanan beliau.
Alhamdulilah, kerusi roda baru telah diserahkan kepada Puan Norizan untuk memudahkan urusan harian beliau.
Alhamdulillah, Puan Norizan telah selamat menjalani pembedahan kaki pada 14 Dec 2022. Puan Norizan kini dalam process pemulihan dan perlu berehat untuk beberapa bulan sebelum beliau kembali bekerja. Hasil sumbangan kami salurkan kepada Puan Norizan secara berperingkat bagi membantu kelangsungan hidup.
Alhamdulillah, InsyaAllah Puan Norizan bakal membuat pembedahan kaki pada 16 oct 2022. Namun ujian demi ujian melanda keluarga Puan Norizan, suami nya kini terlantar selepas mengalami kecederaan di bahagian tulang kaki akibat kemalangan jalan raya ketika bekerja. Pasukan kami telah datang melawat & memberikan sedikit sumbangan makanan & kewangan bagi meringankan bebanan mereka sekeluarga. Sumbangan berterusan dari pihak anda amat lah membantu mereka untuk bertahan sehingga kini. Ribuan terima kasih dari pihak Puan Norizan, semoga Allah membalas setiap kebaikan & kemurahan hati para penyumbang sekalian.